Sabtu, 24 Mac 2018

Hobi Aku Menulis

Bagi aku definisi hobi itu adalah sesuatu yang korang buat dan akan buat bila masa korang ada waktu lapang. Hobi boleh berubah. Ikut pada apa yang korang suka waktu tu. Macam kawan aku bila dia tak tahu nak buat apa dia akan melukis. Maksudnya hobi dia melukis. And seriously lukisan dia cantik gilooo. Kawan aku yang sorang ni pulak hobi dia membaca. Expecially novel lah. Jarang kau tengok dalam masa sehari tu dia tak baca novel. hurmmm... semua orang mesti ada hobi dia. so, apa hobi korang? meh la share

okay, berbalik pada topik asal. Macam yang korang tak tahu, aku baru pindah ke sekolah baru sebulan yang lalu. Sekolah apa pandai-pandai lah korang siasat. And aku dikehendaki memperkenalkan diri dan ini termasuklah bagitahu apa hobi aku. So, aku jawablah hobi aku menulis. Memang pun. aku sekarang kan suka tulis cerita. tapi makin lama nafsu menulis aku tu pun dah nak hilang ditelan masa lalu. hurmmm..
  
                               Imej yang berkaitan


However, memang aku sedar yang aku sangatlah pantang nampak buku tulis or kertas since kecik. Rasa nak beli je tapi tula kertas berlambak je kat rumah. pastu kalau aku ada buku conteng trust me in a week gerenti habis buku tu dengan lukisan plus cerita-cerita yang aku karang plus luahan hati aku.

Ya, ini yang aku nak cerita sebenarnya. pasal luahan hati aku.

Kau tahu. aku tak macam korang. Jujur, aku cemburu dengan kawan-kawan aku. Diorang boleh luahkan perasaan diorang, luahkan masalah diorang dekat manusia lain expecially dekat parents diorang. alangkah indahnya kalau aku pun macam diorang. Sebab apa? sebab aku tak tahu tak reti tak boleh dan segala taklah nak luahkan apa yang ada dalam hati aku kat orang lain. Serius, aku tak tahu kenapa. setiap kali aku nak luah mesti akan ada halangan. mesti akan ada something yang jadi penghadang untuk aku tak luahkan segala benda include masalah aku kat manusia. benda ni since aku kecik. since aku sekolah rendah

so, apa yang aku buat aku pendam.. pendam-pendam sampai aku sakit. dulu, aku jarang menangis. maybe tak pernah langsung kot. bak kata mak aku hati keras like batu. maybe sebab dulu masalah yang aku pendam tak banyak sangat. sampailah aku darjah enam. Masa tu dah nak UPSR. aku stress sebenarnya tapi takde seorang pun yang tahu sebab yelah. aku kan tak pernah nak luah. bukan sebab exam tapi sebab benda lain yang aku tak ingat apa. yang pasti time tu aku memang tak mampu nak tampung lagi segala benda yang aku pendam. memang masa tu otak aku dah serabut and aku nak lepaskan segala-galanya. tapi tulah aku tak tahu macam mana. so, for the first time aku menangis gila sakan. kat dalam bilik  la. aku tak suka orang nampak aku menangis sebab orang kenal sebagai seorang yang kuat. apapun serius duh aku memang nangis sakan lah sebab memnag aku dah tak kuat nak simpan benda tu.

Since that, aku mudah betul nangis bila ada masalah yang try nak bunuh aku. haha ayat.. at least aku rasa tenang sikit lepas nangis. dan dari tu aku belajar luahkan segala kata hati aku kat atas kertas. yeah, since that hobi aku adalah menulis. bila aku rasa ada something yang try buat aku stress aku luahkan kat atas kertas. lepastu buang ke dalam parit dengan harapan masalah aku tu pun turut terbuang. lol! 

kesian kau kertas. terpaksa hadap diri aku yang penuh dengan aura negatif ni. nak buatmacam mana. aku bukannya seorang yang reti luah kata hati aku kat manusia. tapi sekurang-kurangnya adalah juga medium aku nak luah something. aku tak nak jadi macam tahun lepas. masa aku form 3. masa tu tengah nak settle PT3 sejarah. entah macam mana aku boleh kena anxiety. pergghhh!! memang giler time tu. aku nak bagi tahu parents aku pasal aku yang dah jadi gila dengan anxiety ni tapi hurmm.. tak langsung terluah. last-last aku pendam je sensorang sampai aku okey balik. Nasib kena dua minggu je. Tapi rasa macam dua bulan. time tu memang dah takde benda lain dalam otak aku selain cakap yang aku dah gila. aku pun ada niat nak bunuh dii masatu tapi mujur aku ada fobia dengan mati memang tak lah aku bunuh diri. time tu hanya kertas jelah tempat aku meluahkan segala-galanya. memang badan aku penuh dengan aura negatif je.

so, kesimpuannya.. hobi aku tu iaitu menulis datangnya daripada sifat aku yang tak reti nak luah dekat manusia. aku luah kat kertas dan akhirnya benda tu jadi hobi pulak

Rabu, 28 Februari 2018

Kawan Baik

Korang tahukan apa maksud kawan baik?
Hari ni aku nak cerita. Cerita pasal kawan baik atau nama lain dia Best Friend Forever a.k.a. BFF
Semua orang ada kawan baik. Termasuklah aku. So, aku nak cerita pasal kawan baik aku....

Aku ada seorang kawan. Nama dia Hajar. aku tak ingat bila kitorang mula jadi kawan. mungkin masa aku 3 tahun atau 4 tahun. dialah kawan first aku and until now dia still kawan aku. Tapi sekarang tak rapat dah even kitorang satu sekolah. Kitorang memanglah satu sekolah since tadika lagi. Tapi bila form 1 kitorang lain kelas, So, aku dah jarang bersembang dengan dia. Bagi aku yang mana masa tu aku still student sekolah rendah sngt berpegang dengan kata-kata Hajar adalah kawan baik aku.

Kedua. Masa aku sekolah rendah agama dulu aku ade seorang kawan yang nama dia Faiza. Faiza ni just satu sekolah agama je dengan aku. kitorang sekolah kebangsaaan di sekolah yang berbeza. Actually mula-mula aku bukannya rapat dengan dia pun. Aku mula rapat dengan dia masa darjah 3 akhir tahun. masa darjah 3 akhir tahun tu entah kenapa dia ni suka belanja aku. So, bila masuk darjah 4 aku pun mulalah rapat dengan dia atas sebab nak dia belanja aku lagi. LOL!! tapi tanpa disangka kitorang mula rapat dan rapat dan akhirnya aku perakui yang dia adalah kawan baik aku. Perasaan dan naluri aku yang menyatakan Faiza kawan baik aku lagi kuat dari Hajar. So, bagi aku Hajar bukan lagi kawan baik aku dan diganti pula dengan Faiza. Aku dulu dengan Faiza memang berkepit 24 jam lah. pergi kantin pergi kelas pergi situ pergi sini semua dengan dia. tak macam hajar dulu. So, memanglah Faiza tu BFF aku.

Tapi bila masuk menengah kitorang belajar kat sekolah lain. aku Sek. Men Kebangsaan. Dia Sek. Men. Agama. So, aku mula tak rapat dengan dia. Tapi serius benda tu tak menghalang langsung aku dari percaya yang Faiza still best friend aku. Even aku jumpa dia pun 3 kali je setahun kalau jumpa mesti kekok nak bersembang tapi tu tak langsung hilangkan nama Faiza dalam list kawan paling terbaik aku pernah ada. Perasaan tu lain gila dengan Hajar. Kalau dengan Hajar dengan mudahnya aku hilangkan title kawan baik tu dalam hati aku. Hurmm.. Rindu pulak dengan Faiza

So now, kisah aku bila masuk menengah. Serius rasa nak pindah je bila aku bukan satu sekolah dengan Faiza. Dahlah crush aku pun sekolah sama dengan Faiza. Tapi aku pun dah daftar sekolah tu and aku pun memang takde niat nak belajar perihal agama so memang aku tak pindah lah. Aku masatu dapat kelas 1 RK stand for 1 Rancangan Khas. Kelas first arh.. Masa tu memang perempuan takde yang kawan aku dari sekolah rendah satu kelas dengan aku. Eh, ada Natasya. Aku bukannya rapat pun dengan dia. Serius. Tapi apakan daya. Dah takda orang yang aku kenal dalam kelas aku tu selain dia. So, disebabkan si Tasya tu je yang aku ada aku pun cubalah merapatkan ikatan silaturahim kitorang. ayat ta boleh lagi gempak ke ha

Masa minggu orientasi hari ketiga kawan aku dari sekolah rendah pindah sek men aku tu. Nama dia Adilah. Dia ni asalnya student SBPI tapi sebab tak tahan lepas daftar SBP tu waktu petang dia pindah. Dia ni pun bukannya rapat dengan aku. Just bila akhir tahun nak UPSR tu barulah kitorang mula rapat sikit.
And lagi sorang nama dia Chahaya. Ala.. owner blog Lantai Puisi ni. Dia ni asalnya budak asrama dekat SMK Ungku Aziz sebab dia dapat biasiswa Yayasan Selangor. Sekolah tu memang dikhaskan untuk student Yayasan Selangor. Tapi disebabkan dia tak nak duduk asrama dia ambik keputusan untuk pindah seminggu selepas dia sekolah situ.

So, dekat sekolah menengah ni memang aku, Natasya, Chahaya ngan Adilah duk semejalah. Bila ada apa-apa memang kitorang berempat tak langsung berenggang. Tapi... masatu ada pertandingan bicara berirama. Kitorang berempat join. But Chahaya tak join sebab budak tu malas. Lantak dialah.

 Habis je pertandingan bicara berirama tu aku tengok Chahaya ada kawan baru. Nama dia Syamsiah. Classmate. Maybe si Chahaya tu bosan takde kawan sebab kitorang ada training BB. So, dia pun try rapat dengan Syamsiah. Eloklah tu Syamsiah(matahari) menghasilkan Chahaya(cahaya). Tapi aku tak berapa rapat sangat dengan dia. Well, aku bukan jenis yang mudah bergaul. Hurmm.. diorang dah mula rapat dengan Syamsiah. Aku? dipinggirkan. Takdelah. Aku still satu geng dengan diorang. Lama-lama Syamsiah ni jadi geng kitorang. Fyi, sekolah aku pakai sistem abad ke 21. so, susunan meja kena ikut group. meja kumpulan aku pada asalnya aku, Tasya, Dila ngan Chahaya bertambah seorang. Siapa lagi kalau bukan Syamsiah tu. Aku memang tak berapa bertegur sapalah dengan si Syamsiah tu. and actually aku pun tak berapa suka dengan dia. sebab... dirahsiakan. Aku yakin si syamsiah tu akan terus tanya aku pasal ni bila baca entry ni.

Okay lupa nak cerita. Kat dalam kelas aku tu juga ada student yang namanya nk sama dengan aku. Aku Nurin Insyirah. Dia Nurin Qistina. Aku panggil Tina. Like others aku memanglah tak reti bergaul dengan orang so aku pun jarang bergaul dengan dia. But, masa bicara berirama tu bolehlah dikatakan yang aku rajin pulak bergaul dengan dia (dia pun join bicara berirama) sebab dia punya tempat berdiri sebelah aku je.

Okay, dah berapa sekarang? Chahaya, Adilah. Natasya, Syamsiah dan Qistina.

Form 2. Aku dah mula nak rapat dengan Syamsiah and Qistina. Taklah rapat mana tapi still boleh di ajak berbual. Hurmm.. masatu akhir bulan tiga ke dah masuk bulan empat. tak ingat. kelas aku dapat student baru namanya Syazana. asal Shah Alam. budak ni senyap je. aku faham dia mana biasa ngan kitorang. Masa hari tu juga Cikgu KH aku cakap nk buat amali buat sandwich. satu group tiga orang. key, aku takde pasangan. yang tinggal budak baru tu. so, aku pun satu group dengan dia.. so, dari situ aku dah mulalah sikit-sikit bercakap dengan dia. Tapi waktu tu je la. hurmm...

Form 2 jugak... bulan tujuh. kelas aku dapat lagi student baru. Nama dia Ummul Afiqah. masa mula-mula aku selalu mempersoalkan kenapa dia suruh panggil Ummul. Pelik siaa nak sebut. Kan senang panggil Afiqah. Aku tak ingat dia jawab apa. Like always aku tak reti bergaul dengan orang so aku tak bergaul sangat dengan dia. huhuhu...

Ouchh.. lupa nak cerita. Arisya. dia ni memang satu sekolah dengan aku since form 1 tapi kelas lain. bila masuk form 2 dia naik kelas first. kelas aku lah tu 2 RK. Aku ni memang tak rapat sangat dengan Arisya. Dia masuk geng Qistina. Arisya ni bagi aku baik sangat. Bila dia cakap suara dia lembut je. Teringin nak tengok dia marah. Haha. Dia ni famous sebab dahi dia. Antara classmate aku yang dahinya jendul LOL!

bila dah nak akhir tahun barulah aku mula rapat dengan diorang berlapan ni. Lepak ngan diorang la apalah... so, kitorang ada dua group lah sekarang ni. group satu. Aku, Adilah, Syamsiah. Chahaya ngan Natasya. Fyi, entah macam mana Natasya ngan Syamsiah tiba-tiba rapat giler namatei padahal Chahaya yang mula dekat dengan Syamsiah ni.
Group dua Syazana, Ummul, Qistina ngan Arisya. Diorang berempat ni memang rapat gila babeng lah aku cakap sampaikan diorang ada nama team sendiri. S.U.Q.A. stand for Syazana Ummul Qistina Arisya. Bijak lah tu.

Form 3. memang kitorang bersembilan dah rapat. Yang tak boleh blahnya kitorang bersembilan pakai baju biru I mean pengawas la... semua jadi pengawas (dengan tak relanya) Bila nak kema-mana je memanjang nampak sembilan student baju biru ni berjalan sama-sama. For the first time, aku ada kawan yang ada kat sisi aku dalam jumlah yang boleh aku kata banyak lah jugak..

Diorang ni bolehlah aku nak cakap yang diorang dengan aku agak rapat lah..

Adilah : dia yang paling rapat aku rasa sebab tempat duduk dia dekat dengan aku. and tak lupa juga tanpa aku bagi kau cadangan nak berniaga kat sekolah takdenya kau jadi usahawan terkenal sekarang ni. selalunya kat dialah aku bagi segala macam idea like cara-cara meniru time exam. and entahlah.. dia ni suci sangatlah otak. kadang-kadang bila kitorang bincang pasal benda kotor sikit mulalah dia tanya apa tu? rasa bersalah gila nak kotorkan otak suci dia tu even sikit

Chahaya : student paling genius (la sangat). tahun lepas dia duduk sebelah aku. budak ni memanglah sasterawan sekolah yang baru nak up. aku tak taulah sama ada aku orang first yg baca puisi dia atau bukan. selalunya budak ni lah yang jadi teman aku nak bincang isu-isu semasa yang agak berat. dia ni agaklah suka buat lawak bodoh. hurmm..

Natasya : atlet sekolah. tiap tahun aku akan nampak dia pengsan. dia ni lah tukang bentang group aku. tiap kali nak bentang something memang dia je la yang jadi tukang bentang. selalu merungut pasal mate and WTH budak ni study akaun siaa!!

Syamsiah : okay. budak ni memang banyak something yang aku tak share kat orang lain aku share kat dia. benda kotor itu biasa. takdalah kotor sangat just benda simple yang kebiasaan orang akan tahu je.. then aku selalu gak cerita pasal blogger2 yang aku minat ekpeceli blogger gay. wei syam! inche shark janji nak active balik berblogging tapi aku dah nampak sawang labah2 kat blog dia! huhu... dalam ramai2 kawan aku tu dia sorang jelah tempat aku nak bercerita pasal benda yang rude sikit like LGBT

Syazana : aku mengaku. otak dia ni takdelah sesuci mana. Lol! tapi seriuslah memang otak dia tak suci pon.... lagi satu zana ni gengster sikit arh.. kalau dia buat muka ketat tu nampaklah macam kau bakal makan penumbuk dia. aku tak taulah kenapa. so, aku nak tanya ni. pahal tahun ni kau tetiba bersemangat giler nak join sukan sekolah?

Ummul : mulut itik. Haha. bagi akulah budak ni happy go lucky je. Ummul Alindalia.

Qistina : pelik siaa tulis 'Qistina'. For me Tina ni bila datang serius dia memang dia serius habis. Aku yakin dan aku pasti Tina ni lagi pendek dari aku!

Arisya : actually, aku tak berapa rapat dengan Arisya.Yang pasti bagi aku Arisya ni baik je... kalau bercakap tu lembut je. akde lah lembut sangat tapi kalau kau dengar serius kau akan rasa nak tahu macam mana dia marah.

So, dekat sinilah aku nk fokuskan. Korang tahu time ni aku masih lagi berpegang dengan ayat Faiza lah kawan baik aku. No one boleh ganti tempat dia. termasuk lapan manusia yang dah jadi kawan aku tu. Entahlah.. sebab perasaan yang Faiza kawan baik aku tu aku tak rasa bila dengan diorang. So, aku tak pernah langsung perakui yang diorang berlapan tu BFF aku.

Form 4. hurmm... Natasya, Syamsiah, ngan SUQA bukan lagi classmate aku. Eh, SUQ je sebab Arisya dah pindah kolej vokasional Slim River. Diorang akaun aku sains tulen sama dengan Adilah and Chahaya. Tapi Chahaya dah masuk asrama. Sekolah aku tu pun ada asrama jugak.. So, Chahaya pun lebih rapat dengan student asrama. kelas sains tulen tu boleh dikatakan hampir semuanya budak asrama. So, aku takde kawan sekarang ni. Well aku bukannya jenis yang reti bergaul dengan orang. Adilah? oh, dia tu terlalu sebuk dengan perniagaan dia, ya, adilah kat sekolah selain menjadi pelajar dia juga seorang peniaga kecil-kecilan kat sekolah. Apa, dia jual? makanan. Dulu dia jual kat classmate je pastu berkembang ke kelas sebelah sekrang berkembang maju ke kelas yang bukan batch kitorang. kesimpulannya kat sini sekarang ni. Aku takde kawan dan aku memang lah sunyik gila bak hang.

Form 4 akhir bulan dua. Aku pindah MRSM Pasir Salak. Serius aku takde langsung kawan kat sini. Pastu aku teringatkan diorang bersembilan. Masa tu hari keenam aku kat situ. Chahaya, Adilah, Natasya, Syamsiah, Qistina, Syazana, Ummul dengan Arisya. Hari tu aku menangis. No. Bukan sebab rindu kat mak ayah aku. Aku just.. terfikir... Ya, Allah, Lastly, baru aku sedar diorang ni lah kawan baik aku. BFF aku. Diorang nilah kawan aku nope sahabat aku yang sentiasa ada kat sisi aku bila aku ada masalah bila aku bosan bila aku perlukan seorang sahabat. Diorang nilah yang berjaya mengalahkan sifat semula jadi aku sebagai seorang yang pendiam. Aku, pendiam dengan orang tapi bila dengan diorang like.. aku ada kawan wei. Like seriously masa aku kat MRSM tu memang aku banyak teringatkan korang. For the first time aku nak cakap. Koranglah sahabat baik aku yang memang truly sahabat baik aku. koranglah best friend aku and koranglah yang mengungguli carta BFF aku. Faiza? dia still ada tapi bawah koranglah. Haha.

Kalau korang sedar masuk form 4 memang aku banyak diam. Sebab apa? sebab korang takde. Ini Fakta. Aku memang tak tau nak cakap apa-apa sebab selalu aku bercakap dengan korang. For real, aku rindu korang sebenarnya. Tapi apakan daya. Doa lah aku pindah bagan balik. LOL! Hurmm.. siapalah nak ajak aku bincang pasal benda blue lagi siapalah nak dengar aku cerita pasal blogger-blogger yang aku minat lagi. Siapalah nak baca cerita mengarut aku lagi. Like seriously, aku teringin nk satu kelas dengan korang lagi. Teringin nak ngumpat cikgu sama-sama dengan korang. Why must aku lain kelas dengan korang?

Akhir kata.. akhir kata bhai. Tak kiralah aku kat mana. Aku sembang lagi dengan kau or aku mula senyap. Just trust me. Bila aku dah mula jumpa kawan baik aku tak akan lupa dia sampai bila-bila even beberapa tahun aku tak pernah jumpa dia. Like Faiza. And aku yakin benda yang sama berlaku untuk korang. kalau dulu aku just mendoakan kawan-kawan aku. From today, kawan-kawan aku tu dah kena pecah. Satu doa untuk kawan-kawan aku. Lagi satu doa untuk kawan-kawan baik aku.
Rasa nak pindah balik je and then teruskan sambung belajar dengan korang. Bukan senang aku nak mula rapat dengan orang. Bila aku dah rapat dengan orang nescaya orang tu istimewa untuk aku. Papepon walau kat mana pun korang nanti aku akan sentiasa doakan korang. seriously, aku harap hari ni bukanlah hari terakhir aku tengok korang aku dengar suara korang. *aku nangis bhai

Dila, Tasya, Chahaya Syamsiah, Tina, Ummul, Zana and Arisya
thanks very much sebab teman aku hidup selama 3 tahun ni.
yang pasti lupakan korang adalah satu pengkhianatan bagi aku..

nampak tak? semua biru. Tak payah cari aku.. aku tengah holiday masa ni

nila yang S.U.Q.A. tu.. kalau pandai teka la mana S mana U mana Q mana A

baris tengah

ya ya. tak payah kecam. memang gambar tu aku rembat kat IG korang. aku pun tak tau. aku nak ambik gambar korang dari phone tapi aku tak tau macam mana caranya nak rembat gambar tu dari phone without alihkan gmbar2 tu dari phone ke pc. aku yakin korang tak faham apa yang aku cuba explain ni kan....


hurmmmm.................................................................................................
kau tau apa?! aku nangis siaa masa tulis entry neyhhh

Ahad, 31 Disember 2017

Happy New Year 2018!!!!

Assalamualaikum my silent readers!!

Yeay!! Dah masuk tahun baru!! Tak yeay!! Usia aku makin bertambah... So, apa aku nak tulis sebenarnya ni? Aku pun tak tahu. Tiba-tiba hilang pulak idea nak menulis. Oh, jangan risau. Itu perkara biasa untuk aku. Hahaha.

So, ce cerita sikit apa yang berlaku pada tahun 2017 ni. Hurrmmm...

Well, tahun 2017 aku 15 tahun. So, of course aku bakal sebuk dengan PT3. Tapi entahlah. Jarang lah tengok aku serius dengan exam. Hahaha. Tahun 2017 ni aku mula berjinak-jinak dengan dunia penulisan. Aku try tulis novel la pendek katanya. Tapi tak pernah siap. Kawan aku a.k.a. Lantai Puisi pulak mula berjinak-jinak dengan puisi. Tapi sekarang ni aku dah mula kuranglah menulis.. kerja aku membaca jer.. budak tu pulak aku tak surelah still aktif menulis puisi ke tak. Lantak dia lah

Dan tahun 2017 ni jugalah aku berjaya menubuhkan (menubuhkan siaa) blog aku ni iaitu pada 5 jun 2017. Dah 6 bulan rupanya blog aku ni. Huhuhu.

Pasal PT3 pulak Alhamdulillah result aku okey. Kisah penuh cabaran aku menjawab exam boleh baca kat sini. Result? Tak payah tahu. Hahahaha. Yang pasti bukan straight A yg aku idamkan​ sangat tu. Mohon sesiapa hulur bahu aku nak pinjam sat. Huhuhu..

Papepun hidup mesti diteruskan. Yeah!!! Mari mulakan tahun yang baru dengan azam yang baru!! Sebut pasal azam ni apa azam tahun 2018  korang? Meh aku masih terfikir apa azam aku tahun ni. Takpelah. Tu boleh fikir nanti. Hahaha. Maybe kekalkan kedudukan aku sebagai top 3 student in batch? Yeah!! Bersemangat!! Malaysia Boleh!! *Tetiber

Okey, tataa korang..

Selamat tinggal 2017,
Selamat datang 2018

#Waa!! Entry ni berjaya dipublish tepat jam 0000